Cikgu Amir's FotoPage - Belajar Bahasa Melayu - Fotopages.com
Penggunaan 'dari' dan 'daripada'(nota)
Kata sendi nama dari digunakan untuk  menyatakan tempat,masa dan arah.
Guna formula ATM(A=arah, T=tempat,M=masa)
Contoh penggunaan:.
1. Roslin Hashim berasal dari Kelantan.
2. Dari pagi lagi ibu menanti kepulangan anaknya.
3. Tukang sapu itu bekerja dari jam 7.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
Kata sendi nama'daripada' pula digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan asal kejadian.
Contoh penggunaan :
1. Rumah itu diperbuat daripada batu dan kayu.
2. Khairudin menerima sepucuk surat daripada Fatimah.
3. Rumah Ali lebih besar daripada rumah Abu.
Penggunaan 'dari' dan 'daripada'
1. Keluarga saya terdiri................tujuh orang.
2. Cawan ini dibuat..............plastik.
3. Nelayan itu keluar menangkap ikan...........subuh lagi.
4.Sabri menerima hadiah sebagai Tokoh Murid...........Guru Besar.
5.Pendatang haram itu berasal.................Indonesia.
6. Penjual aiskrim itu menjual aiskrim...........suatu tempat ke suatu tempat.
7.Mia menunggu kepulangan Faris ........pagi hingga petang.
8. Alias membaca buku cerita.......pukul 5.00 petang lagi.
9. Joyah lebih rajin...........TImah.
10. Rusyaidi menerima pujian........Cikgu Rosnah.
Penggunaan 'ke' dan 'kepada'
Contoh Penggunaan.
1. Baru-baru ini saya telah pergi melancong ke Indonesia.
2. Perjumpaan rumah sekolah telah ditangguh ke minggu depan.
Kata sendi nama 'kepada' pula digunakan untuk menyatakan orang.
Contoh penggunaan:
1. Aishah menulis surat kepada kawannya.
Latihan Penggunaan 'ke' dan 'kepada'
Isikan tempat-tempat kosong dengan kata sendi nama 'ke' atau 'kepada'
1. Peraduan melukis akan diadakan dari semasa............semasa.
2. Bantuan baju sekolah itu telah diserahkan..............anak-anak yatim yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Air.
3. Farah sentiasa mengadu kesusahan...........suaminya.
4. Makcik Izzati berterima kasih..........ketua kampung atas bantuan yang diperolehinya.
5. Pertandingan Badminton Bawah 11 Tahun itu telah ditunda......akhir bulan ini.
6. Pada cuti sekolah baru-baru ini.saya dan adik telah berkunjung....rumah Hafiz Hashim.
7.Saya memberi sisa-sisa makanan .......kucing yang kelaparan itu.
8.Sabri pergi.......sekolah dengan menaiki bas sekolah.
9. Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu telah ditangguh...........mimggu depan.
Latihan Penggunaan 'di' dan 'pada'
Latihan 1
1. Afifah dan keluarganya tinggal .................................Kampung Bukit Bayas,Terengganu.
2. Kakak sedang menyapu sampah............belakang rumah.
3. Beberapa ekor kucing sedang bermain........tepi longkang rumah saya.
4. Faris dilahirkan................tahun 2001
5. Kucing suka tidur...........siang hari.
6.Nur Zafirah suka menyandar.......dinding ketika membaca buku di rumahnya.
7. Buku Bahasa Melayu saya ada.............Cikgu Azman.
8. ........masa lapang, Syafiq suka membaca buku cerita.
9.........pendapat saya,kita harus  mengulangkaji pelajaran stiap hari.
Penggunaan 'di' dan 'pada'
Kata sendi nama 'di' digunakan untuk menyatakan tempat.
Contoh tempat seperti :
Nama kampung,negeri,meja,kantin,sekolah,dinding dan lain-lain
Contoh penggunaan :
1. Saya tinggal di  Batu Buruk,Terengganu.
2. Cikgu Khatijah mengajar di  Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak,Terengganu.
Kata sendi nama' pada' pula digunakan untuk menyatakan masa,orang dan benda.
Contoh :
Masa= tahun,pagi,petang,malam,siang,hari
Orang= ayah,emak,nama orang(Mahani,Habsah,Zaleha)
Contoh penggunaan:
1. Masrina tidak hadir ke sekolah pada hari  Isnin yang lalu.