Want your
own Fotopage?






 
Cikgu Amir's FotoPage
Belajar Bahasa Melayu
By: cikgu amir akram

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 19-Apr-2008 03:54 Email | Share | Bookmark
Penggunaan 'di' dan 'pada'

Mirrah meletakkan buku cerita itu di atas meja
Abang menyapu ubat pada luka kaki adik.
Faris menggantung gambar yang cantik itu pada dinding.
Buku cerita saya ada pada Faris.
Syafiq sedang duduk di atas sofa sambil memegang kucingnya.
Adik sedang bermain motor mainan di ruang tamu.
Kata sendi nama di dan pada ada perbezaan yang harus kita fahami.

Kata sendi nama 'di' digunakan untuk menyatakan tempat.
Contoh tempat seperti :
Nama kampung,negeri,meja,kantin,sekolah,dinding dan lain-lain

Contoh penggunaan :

1. Saya tinggal di Batu Buruk,Terengganu.
2. Cikgu Khatijah mengajar di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak,Terengganu.

Kata sendi nama' pada' pula digunakan untuk menyatakan masa,orang dan benda.

Contoh :
Masa= tahun,pagi,petang,malam,siang,hari
Orang= ayah,emak,nama orang(Mahani,Habsah,Zaleha)

Contoh penggunaan:

1. Masrina tidak hadir ke sekolah pada hari Isnin yang lalu.
2. Perhimpunan di sekolah saya akan diadakan pada setiap hari Ahad.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net