Want your
own Fotopage?

Cikgu Amir's FotoPage
Belajar Bahasa Melayu
By: cikgu amir akram

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Saturday, 19-Apr-2008 08:40 Email | Share | | Bookmark
Penggunaan 'dari' dan 'daripada'(nota)

Faris membaca buku dari jam 2.00 petang lagi.
Faris menerima sepucuk surat daripada Syafiq.
Kain ini diperbuat daripada sutera.
Kasut ini diperbuat daripada kain dan getah.

Kata sendi nama dari digunakan untuk menyatakan tempat,masa dan arah.

Guna formula ATM(A=arah, T=tempat,M=masa)

Contoh penggunaan:.

1. Roslin Hashim berasal dari Kelantan.

2. Dari pagi lagi ibu menanti kepulangan anaknya.

3. Tukang sapu itu bekerja dari jam 7.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

Kata sendi nama'daripada' pula digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan asal kejadian.

Contoh penggunaan :

1. Rumah itu diperbuat daripada batu dan kayu.

2. Khairudin menerima sepucuk surat daripada Fatimah.

3. Rumah Ali lebih besar daripada rumah Abu.

It is my pleasure to read this page, wholesale mac cosmetics. I look forward to reading more. discount mac makeup Thu 18-Aug-2011 00:42
Posted by:wholesale mac cosmetics  - [Link]
Your website came up in my search thank you for sharing with us, fake oakleys. I very like it and i will always give attention. fake oakley sunglasses Thu 18-Aug-2011 00:44
Posted by:oakley sunglasses cheap  - [Link]
Salam sejahtera cikgu,

Bolehkah saya tanya tentang ayat penggunaan kata sendi nama yang mana satu betul

1)Ali menggeluarkan susu dari peti sejuk.

atau

2)Ali menggeluarlan susu daripada peti sejuk

terima kasih cikgu

Tue 30-Aug-2011 14:57
Posted by:ks
View all 14 comments Add comment

Saturday, 19-Apr-2008 08:20 Email | Share | | Bookmark
Penggunaan 'dari' dan 'daripada'

]Latihan

1. Keluarga saya terdiri................tujuh orang.

2. Cawan ini dibuat..............plastik.

3. Nelayan itu keluar menangkap ikan...........subuh lagi.

4.Sabri menerima hadiah sebagai Tokoh Murid...........Guru Besar.

5.Pendatang haram itu berasal.................Indonesia.

6. Penjual aiskrim itu menjual aiskrim...........suatu tempat ke suatu tempat.

7.Mia menunggu kepulangan Faris ........pagi hingga petang.

8. Alias membaca buku cerita.......pukul 5.00 petang lagi.

9. Joyah lebih rajin...........TImah.

10. Rusyaidi menerima pujian........Cikgu Rosnah.

cikgu... ini jawapan-jawapan saya:

1. Keluarga saya terdiri DARIPADA tujuh orang.

2. Cawan ini dibuat DARIPADA plastik.

3. Nelayan itu keluar menangkap ikan DARI subuh lagi.

4.Sabri menerima hadiah sebagai Tokoh Murid DARIPADA Guru Besar.

5.Pendatang haram itu berasal DARI Indonesia.

6. Penjual aiskrim itu menjual aiskrim DARI suatu tempat ke suatu tempat.

7.Mia menunggu kepulangan Faris DARI pagi hingga petang.

8. Alias membaca buku cerita DARI pukul 5.00 petang lagi.

9. Joyah lebih rajin DARIPADA TImah.

10. Rusyaidi menerima pujian DARIPADA Cikgu Rosnah.
Sun 24-Aug-2008 11:50
Posted by:stROZze  - [Link]
Add comment

Saturday, 19-Apr-2008 06:06 Email | Share | | Bookmark
Penggunaan 'ke' dan 'kepada'

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Tokoh Murid.
Syafiq pergi melancong ke Australia dengan menaiki kapal laut.
Semalam,murid-murid sekolah pergi ke Pameran Buku Antrabangsa.
View all 4 photos...
Kata sendi nama 'kepada' digunakan untuk menyatakan tempat dan masa.

Contoh Penggunaan.

1. Baru-baru ini saya telah pergi melancong ke Indonesia.

2. Perjumpaan rumah sekolah telah ditangguh ke minggu depan.

Kata sendi nama 'kepada' pula digunakan untuk menyatakan orang.

Contoh penggunaan:

1. Aishah menulis surat kepada kawannya.

2. Kakak membayar harga nasi lemak yang dibelinya kepada Makcik Limah.

Add comment

Saturday, 19-Apr-2008 05:40 Email | Share | | Bookmark
Latihan Penggunaan 'ke' dan 'kepada'

Latihan

Isikan tempat-tempat kosong dengan kata sendi nama 'ke' atau 'kepada'

1. Peraduan melukis akan diadakan dari semasa............semasa.

2. Bantuan baju sekolah itu telah diserahkan..............anak-anak yatim yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Air.

3. Farah sentiasa mengadu kesusahan...........suaminya.

4. Makcik Izzati berterima kasih..........ketua kampung atas bantuan yang diperolehinya.

5. Pertandingan Badminton Bawah 11 Tahun itu telah ditunda......akhir bulan ini.

6. Pada cuti sekolah baru-baru ini.saya dan adik telah berkunjung....rumah Hafiz Hashim.

7.Saya memberi sisa-sisa makanan .......kucing yang kelaparan itu.

8.Sabri pergi.......sekolah dengan menaiki bas sekolah.

9. Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu telah ditangguh...........mimggu depan.

10.Hafaizuddin membuangkan sampah .......tong sampah.

Add comment

Saturday, 19-Apr-2008 04:24 Email | Share | | Bookmark
Latihan Penggunaan 'di' dan 'pada'

Latihan 1

1. Afifah dan keluarganya tinggal .................................Kampung Bukit Bayas,Terengganu.

2. Kakak sedang menyapu sampah............belakang rumah.

3. Beberapa ekor kucing sedang bermain........tepi longkang rumah saya.

4. Faris dilahirkan................tahun 2001

5. Kucing suka tidur...........siang hari.

6.Nur Zafirah suka menyandar.......dinding ketika membaca buku di rumahnya.

7. Buku Bahasa Melayu saya ada.............Cikgu Azman.

8. ........masa lapang, Syafiq suka membaca buku cerita.

9.........pendapat saya,kita harus mengulangkaji pelajaran stiap hari.

10. Mangsa kemalangan yang tercedera itu sedang dirawat...............hospital

Add comment

Saturday, 19-Apr-2008 03:54 Email | Share | | Bookmark
Penggunaan 'di' dan 'pada'

Mirrah meletakkan buku cerita itu di atas meja
Abang menyapu ubat pada luka kaki adik.
Faris menggantung gambar yang cantik itu pada dinding.
View all 6 photos...
Kata sendi nama di dan pada ada perbezaan yang harus kita fahami.

Kata sendi nama 'di' digunakan untuk menyatakan tempat.
Contoh tempat seperti :
Nama kampung,negeri,meja,kantin,sekolah,dinding dan lain-lain

Contoh penggunaan :

1. Saya tinggal di Batu Buruk,Terengganu.
2. Cikgu Khatijah mengajar di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak,Terengganu.

Kata sendi nama' pada' pula digunakan untuk menyatakan masa,orang dan benda.

Contoh :
Masa= tahun,pagi,petang,malam,siang,hari
Orang= ayah,emak,nama orang(Mahani,Habsah,Zaleha)

Contoh penggunaan:

1. Masrina tidak hadir ke sekolah pada hari Isnin yang lalu.
2. Perhimpunan di sekolah saya akan diadakan pada setiap hari Ahad.

salam, membubuh ubat 'pada' kaki @ membubuh ubat 'di' kaki adik yang luka? adakah anggota badan termasuk menunjukkan tempat? Wed 18-Aug-2010 04:28
Posted by:isha
betul betul betul Wed 14-Sep-2011 14:00
Posted by:faliq
Tapi di ayat tersebut pada luka, bukan pada kaki, kalau ayat tu macam ni boleh juga rasanya ; - membubuh ubat pada luka di kaki adik. Thu 17-Nov-2011 11:17
Posted by:Lanang
View all 5 comments Add comment

Saturday, 19-Apr-2008 02:10 Email | Share | | Bookmark

Add comment

[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com